23 Julai 2015

AMALAN HARIAN BAGI MENGHINDARI GODAAN SYAITAN DAN IBLIS

Setiap hari ini pelbagai kejahatan berlaku di seluruh dunia ini, Kita dihidangkan pelbagai kes kes ngeri dan kejam di media media eletronik dan dada dada akhbar , kekadang kita pening mengapa manusia sanggup berbuat demikian sanggup bunuh ibubapa, bunuh anak, bakar, kerat ,Adakah ini kerana fikiran sudah tidak waras dihasut oleh syaitan dan iblis laknatullah..

Syaitan dan iblis ialah musuh utama manusia Allah SWT telah menegaskan bahwa syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia. sebagaimana firmanNYA (Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (QS.Al-Baqarah : 208 ) )

Erti Syaitan itu menurut Al-Quran Al-Kariem adalah makhluk yang kerjanya mengajak kepada perbuatan jahat dan keji serta berbohong dan termasuk jenis manusia yang jahat juga dipanggil atau ketogeri syaitan manakala Iblis adalah makhluk durhaka yang jenisnya adalah jin, bukan jenis manusia. Al-Quran Al-Kariem secara tegas menyebutkan bahwa Iblis itu adalah dari jenis jin dengan tingkahlaku dan sifat seperti syaitan

1. Mengajak Kepada Perbuatan Keji 
Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.(QS. Al-Baqarah : 169 ) 

2. Memberi Janji Dan Angan-angan Kosong 
Syaitan itu kerjanya memberi janji dan angan-angan kosong kepada manusia
Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka. (QS.An-Nisa : 120 ) 

Amalan Amalan Harian Yang Boleh Menghindari Godaan Syaitan Dan Iblis

+ Baca Bismillah
+ Baca Ayat Kursi
+ Baca Zikir setiap masa
+ Biar diri berkeadaan atau Sentiasa ada wuduk
+ Gemar dan sentiasa rapat atau berkawan dengan alim ulama atau orang yang baik baik
+ Jangan tinggal solat fardu dan sentiasa amal solat sunat
+ Selalu bertaubat dengan ikhlas dan berjanji tidak akan ulangi kesalahan
+ Sentiasa amal 3 kul semasa hendak tidur atau hendak lakukan tugas harian

Jadi diingatkan agar manusia sentiasa beringatkan bahawa syaitan merupakan musuh utama yang amat perlu dielakkan.Allah SWT sama sekali melarang untuk hambanya mengikut taghut(perkara yang melampaui batas seperti menyembah selain Allah)dan menjadikan syaitan sebagai idola dalam aktiviti seharian. Aminnn...




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan