Pages

27 Julai 2015

AMALAN HARIAN YANG MUDAH BAGI MENCUCI DOSA DOSA KITA

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas seperti Imaginasi kotor, lucah, percakapan dan perbuatan yang tidak betul serta sia sia secara sedar atau tidak sedar sengaja atau tidak sengaja ini akan membuatkan kita semakin jauh dengan Allah SWT tetapi itulah kita manusia tidak lari dari kesilapan dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita agar dapat kita berbahagia dan berkat untuk meneruskan kehidupan di alam fana ini dan seterusnya meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih bermakna. Marilah kita amalkan amalan harian yang mudah serta juga sunah Nabi SAW ini:
** Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah SWT
** Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat pendek dan ringkas 3Qul, atau ayat qursi.
** Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid dahulu, Niat Iktikaf kerana masjid merupakan pusat keberkahan serta tempat orang beriman dan rajin rajinlah untuk memakmurkan masjid Allah.
** Keempat:
Jaga Solat Sunat terutama solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
** Kelima:
Jaga dan Amalkan bersedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
** Keenam:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
** Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
** Berzikir
Amalkan Berzikir.. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling mujarab dan dengan zikir berbagai keberkatan dan kemuliaan untuk umat manusia

 Sebarkanlah ilmu ini mudah ini kepada kawan supaya semua kita saling ingat mengingati dan memperolehi keberkatan dunia dan akhirat aminnn......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan