Semua kita ada kediaman sendiri atau mengidamkan kediaman sama
rumah sendiri atau menyewa. Rumah ini ialah tempat untuk istirehat dan
berlindung dari panas hujan .Kediaman itu tidak kiralah rumah besar atau rumah
kecil yang penting penghuni di dalam mendiami dengan penuh kebahagian dan
keberkatan kerana dalam seharian 24 jam memang kita banyak masa berada dirumah. Bersama
keluarga bagi yang sudah berkahwin atau dengan kawan kawan bagi yang bujang..Apabila kediaman berkat dan diredhaiNYA kehidupan kita dengan sendiri akan ceria diluar seperti ditempat kerja dan seterusnya akan menjadikan hidup kita bahagia dan berkualiti....aminn
TIP AGAR
KEDIAMAN ATAU KELUARGA ITU BERKAT DAN BAHAGIA….
Ø Selalu atau hidupan dengan membaca Al Quran di dalam rumah
Ø Selalu lakukan solat sunat
Ø Jangan tinggal solat wajib dan amalkan solat berjemaah
bersama
Ø Makan bersama sama kerana didalamnya banyak keberkatan
Ø Amalkan memberi salam ketika masuk dan keluar rumah
Ø Amalkan selalu mengajak tetamu bertandang kerana tetamu
membawa keberkatan
Ø Jangan menggunakan bomoh bagi menjaga/memagari
rumah
Ø Menjaga kebersihan dalam rumah dan sekitarnya
Lambang kebersihan seseorang selain daripada diri dan
pakaiannya juga dapat dilihat dari keadaan persekitaran kediaman. Sebuah kediaman yang bahagia ialah yang sentiasa
menjaga keindahan dan kebersihan di dalam dan di luar rumah agar ia kelihatan
cantik dan menarik serta dapat memberi ketenteraman dan kenikmatan kepada
penghuni rumah. Amalan menjaga keindahan dan kebersihan persekitaran rumah
adalah satu amalan yang baik dan mulia. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: “Bersihkan
halaman-halaman kamu, kerana sesungguhnya orang Yahudi tidak membersihkan
halaman-halaman rumahnya”.(Riwayat at-Tabarani)
Semoga berfaedah dan bermenafaat untuk pembaca kalian..aminnn
Tiada ulasan:
Catat Ulasan