09 Julai 2015

ADAT ADAT BERKUNJUNG MENGUJUNG ATAU SEMASA BERADA DI RUMAH ORANG PADA HARI RAYA



Apabila tiba hari raya pasti kunjung mengujung ke rumah saudara mara dan sahabat handai menjadi perkara wajib. Masa inilah luang untuk kita maaf bermaafan di hari mulia ini..tetapi jangan lupa adat adat berkunjung ke rumah orang...moga bermafaat untuk pembaca semua...

1. Jangan letak atau pegang bekas balang biskut terlalu lama sebab tetamu lain hendak akan menikmati juga

2. Jangan bermain atau sering lihat handphone kerana raya setahun sekali, Jadi  masa inilah peluang untuk berbicara dan nampak lebih sopan di mata tuan rumah dan tetamu lain

3. Jangan terlalu lama bersembang mungkin tuan rumah pun hendak pergi beraya di tempat lain juga

4. Jangan sibuk menanya biskut atau kek ini buat sendiri atau beli..rimas tuan rumah hendak   menjawab dan makan je..

5. Jangan bersembang dengan suara yang tinggi ini kerana boleh mengganggu tetamu lain

6. Jangan buat macam rumah sendiri.. jaga adat, Kita ini tetamu walaupun saudara mara terdekat

7. Makan Makanan apa yang dihidang sahaja dan jangan makan lebih lebih atau minta yang bukan bukan

8. Janganlah biarkan anak anak anda bermain seperti rumah sendiri dan jaga tikah laku serta adab sopan...contoh tumpahkan air atas karpet, biarkan anak anak anda melompat atas kuysen mahal atau main gelas minum takut taku pecahkan gelas air

9. Jangan tanya tidak ada duit raya ke kepada anak kita...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan