10 Mac 2015

PILIHAN JENAMA SUKAN ADIDAS VS NIKE





Apabila disebut adidas atau nike semua orang kenal dan tahu jenama ini maka terbayang barang satu jenama sukan yang terkenal mahal, branded, mewah berkualiti dan yang penting status pemakainya. Pada masa sekarang Nike mengatasi Adidas disegi pasaran dan kepopularaan. Pada tahun tahun 80an atau 90an adidas merupakan jenama tersohor top ranking di dunia menjelang tahun 2000 hingga sekarang baru Nike berjaya mengatasi Adidas.

Sejarah dua jenama ini seperti berikut Adidas merupakan pengeluar barang sukan berasal dari Jerman yang diasaskan oleh Adolf Dassler pada tahun 1924 .Produk-produknya termasuk kasut, beg, kemeja, tali jam, kaca mata dan barang sukan lain-lain. adidas merupakan pengeluar barang sukan terbesar di Eropah, serta kedua terbesar di dunia, selepas Nike .Nike pula berasal dari Oregon USA .Pada mulanya dikenali sebagai Blue Ribbon Sports (BRS), ditubuhkan dan diasaskan oleh Universiti Oregon dengan atlet trek Philip Knight dan jurulatihnya Bill Bowerman pada tahun 1964. Produk-produknya juga hampir sama dengan adidas termasuk kasut, beg, kemeja, tali jam, kaca mata dan barang sukan lain-lain


Bagi pilihan pengguna pula atas individu dan tidak sama disegi produk contoh kalau kasut bola lebih suka adidas tetapi kalau kasut casual lebih suka Nike, disegi harga dua jenama ini memang mahal sebab itulah ada barang tiruan bertimbun timbun di pasaran yang penting memang dua jenama ini ada power dan standard..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan