SAMBAL BELACAN
Apabila sebut sambal belacan pasti kecur air liur membuat perut menjadi lapar serta merta. Sambal
Belacan merupakan
satu hidangan sampingan yang biasanya dimakan bersama ikan ataupun ulam. Orang Melayu dan sambal belacan memang tidak boleh
dipisahkan malah ada yang tidak berselera makan jika tidak ada sambal belacan.Ia
merupakan penambah selera turun-temurun ini yang mudah dibuat dan murah
belanjanya sememangnya membuka selera apabila dicecah dengan ikan goreng, ikan
bakar, ulam-ulaman seperti jering, petai, pucuk ubi rebus, bendi rebus dan
sebagainya asal usul tidak dipastikan dan tiada kajian..mungkin dari zaman
kerajaan melaka dahulu!!!
SAMBAL BELACAN
Sambal belacan pada amnya merupakan cili yang
ditumbuk bersama belacan, garam dan sedikit gula.sambal belacan juga
boleh dicampurkan dengan tempoyak bagi menyedapkannya. bagi mereka yang
meminati sambal belacan pedas, cili padi atau juga dikenali sebagai cili api,
akan digunakan bagi menggantikan lada besar. juga boleh ditambah dengan limau
kasturi sebagai penyedap rasa. Bahan
bahan untuk membuat sambal belacan ialah cili besar,cili padi,buah tomato,belacan,asam
jawa,garam,gula,limau nipis manakala cara
membuatnya ialah tumbuk cili padi dan belacan.lepas tu masukan cili besar
tumbuk sederhana atau 3/4 pecah.masukkan buah tomato dan lenyekkan sahaja. air perahan asam jawa
campurkan dengan sambal itu tadi. campurkan garam dan gula secukup rasa.
kurangkan gula dan elakkan penyakit kencing manis.Cadangan
hidangan ia sesuai dan sedap di makan bersama nasi putih, lauk pauk dan ulam timun, Ikan
Bakar Tawar .tidak sesuai dimakan bersama nasi beryani atau nasi minyak, namun
ianya sebagai penambah selera makan(kecur air liur dah) ha ha ha
IKAN BAKAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan