Budu atau Sos Ikan Bilis ialah sejenis
pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis.
Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Kelantan
.Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Budu boleh
dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis
dan disertkan ulam ulaman seperti petai, jering.Best lagi taruh tempoyak ( lecur air liur dah) Jenama tersohor budu ialah cap
ayam, cap ketereh dan lain lain
Budu menjadi makanan wajib bagi rakyat
kelantan dan sudah tersebar keseluruh malaysia dan baru baru ini menjadi kajian
para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika
Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan,
mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat
memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.Budu didapati berpotensi
untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan
mencegah terjadinya penyakit degeneratif sepertiaterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih
awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria
penyebab cirit
(diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit
jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih
mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Dengan pengambilan budu
sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi
golongan yang menderita penyakit diarrhoea
kronik ini serta
menyembuhkannya dalam waktu singkat.Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada
sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan
memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron
yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama
gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2
kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).
Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada
pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid
pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara
saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria
klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana
sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B ini perlu untuk pembentukan sel darah
merah, di mana kekurangan vitamin ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia
perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun selamat mencuba budu dan
saya peminat no satu budu..ha ha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan