15 Februari 2015

IKAN TERBANG REALITI ATAU FANTASI


Pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai ikan terbang (Flying Fish). Semasa pergi bercuti di Pulau Perhentian baru baru ini saya ada terlihat ikan terbang semasa dalam perjalanan ke sana. Aneh dan amat mengujakan .Pernah anda lihat ikan terbang? Nama sainsnya Exocoetidae atau ikan terbang,Ikan ini adalah dari dalam keluarga Beloniformes kelas Actinopterygii. Terdapat kira-kira 64 spesies dalam pelbagai generasi. Ikan ini tidak hanya melompat keluar dari permukaan air tapi juga mampu melayang hingga jarak 200 meter bahkan bersama-sama boleh membentuk formasi terbang sejauh 400 meter.


Ikan terbang sebenarnya bukanlah haiwan yang terbang seperti burung tapi hanya melayang saja diatas permukaan air, ia akan terbang dengan mudah di antara jarak 100 hingga 200 meter atau lebih dan dapat mencapai ketinggian yang cukup untuk diatas air sahaja ia akan terbang apabila diancam oleh pemangsa atau tempat dia berada dilalui bot. Ia amat menarik untuk di lihat semasa perjalanan tersebut dan ini dengan sendirinya menghilangkan rasa boring semasa perjalanan tersebut.


Selain dari itu ada dua (2) lagi spesis ikan yang besar yang suka melayang iaitu Ikan Pari Helang, biasanya ia melayang bila melahirkan anak dan bila haiwan ini berkumpul ramai ramai ia akan terbang melayang ke permukaan air setinggi satu (1) meter atau lebih dan satu lagi ialah Ikan Siakap Puteh juga suka terbang bila sudah mengena atau sakut dipancing..bestnya masa ini sebab sentapan ikan ini amat kuat dan biasanya akan memutuskan tali pancing serta mengecewakan pemancing..ha ha..Enjoyyy..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan