ETIKA BERPAKAIAN
Cara berpakaian melambangkan
keperibadian pegawai dan staf serta nilai-nilai dan etika kerja yang murni.
Oleh itu, cara berpakaian yang bersih, kemas dan bersesuaian adalah ditekankan
untuk dijadikan amalan kepada pagawai dan staf. Peraturan-peraturan berikut
mengenai pakaian semasa bertugas di Pejabat hendaklah dipatuhi:
PAKAIAN LELAKI
*Bagi Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, ”lounge Suite”
atau ”Bush Jacket”
*Seluar panjang dengan baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher.
*Pakaian baju melayu lengkap dengan bersamping dan bersongkok warna gelap
*Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional diwajibkan memakai
tali leher pada setiap masa. *Baju kemeja
berlengan panjang dan
a) Berkolar Baju Melayu cekak musang berbutang tiga.
b) Berkolar Baju Melayu cekak musang berbutang lima.
c) Berkolar nehru berbutang berselindung.
d) Berkolar mandarin berbutang tiga.
e) Berseluar panjang. Lengan baju jangan dilipat. Kemeja hendaklah
dimasukkan ke dalam (tuck in). Nehru
suit yang diperbuat dari jenis kain dan warna yang sesuai:-
a) Berbutang hadapan.
b) Berbutang terselindung. Wajib
memakai Baju Kemeja Batik Berlengan Panjang (Buatan Malaysia) setiap Khamis
PAKAIAN WANITA
Pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan dipakai selari dengan amalan
akhlak yang mulia.
Pakaian yang dibenarkan adalah seperti berikut:
§ Baju
kurung.
§ Baju kebaya labuh dan longgar.
§ Pakaian kebangsaan mengikut kaum.
§ Kemeja berlengan panjang dan berskirt labuh.
§ Lounge Suit (meliputi skirt labuh, skirt
pendek dan 2-piece atau 3-piece pant suit)
*Warna, corak dan bahan yang
sama
*Potongan jaket berkolar atau
tidak berkolar
*Jaket berlengan panjang dan
labuh menutupi pinggul
*Jaket berbutang atau berzip di
hadapan
*Seluar panjang polos yang tidak
ketat dan menjolok mata
*Skirt pendek hendaklah melebihi
paras lutut
*Berwarna gelap bersesuaian
dengan imej korporat
§Kasut
bertutup.
§Mengenakan
perhiasan atau aksesori yang ringkas dan bersesuaian sahaja.
§ Wajib
memakai Baju Batik (Buatan Malaysia) setiap Khamis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan