03 Februari 2015

ETIKA BERPAKAIAN BAGI PENJAWAT AWAM


ETIKA BERPAKAIAN
Cara berpakaian melambangkan keperibadian pegawai dan staf serta nilai-nilai dan etika kerja yang murni. Oleh itu, cara berpakaian yang bersih, kemas dan bersesuaian adalah ditekankan untuk dijadikan amalan kepada pagawai dan staf. Peraturan-peraturan berikut mengenai pakaian semasa bertugas di Pejabat hendaklah dipatuhi:

PAKAIAN LELAKI
*Bagi Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, ”lounge Suite” atau ”Bush Jacket”
*Seluar panjang dengan baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher.
*Pakaian baju melayu lengkap dengan bersamping dan bersongkok warna gelap
*Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional diwajibkan memakai tali leher pada setiap masa. *Baju kemeja berlengan panjang dan
a) Berkolar Baju Melayu cekak musang berbutang tiga.
b) Berkolar Baju Melayu cekak musang berbutang lima.
c) Berkolar nehru berbutang berselindung.
d) Berkolar mandarin berbutang tiga.
e) Berseluar panjang. Lengan baju jangan dilipat. Kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam (tuck in).  Nehru suit yang diperbuat dari jenis kain dan warna yang sesuai:-
a) Berbutang hadapan.
b) Berbutang terselindung.  Wajib memakai Baju Kemeja Batik Berlengan Panjang (Buatan Malaysia) setiap Khamis


PAKAIAN WANITA
Pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan dipakai selari dengan amalan akhlak yang mulia.
Pakaian yang dibenarkan adalah seperti berikut:
§ Baju kurung.
§  Baju kebaya labuh dan longgar.
§  Pakaian kebangsaan mengikut kaum.
§  Kemeja berlengan panjang dan berskirt labuh.
§  Lounge Suit (meliputi skirt labuh, skirt pendek dan 2-piece atau 3-piece pant suit)
 *Warna, corak dan bahan yang sama
 *Potongan jaket berkolar atau tidak berkolar
 *Jaket berlengan panjang dan labuh menutupi pinggul
 *Jaket berbutang atau berzip di hadapan
 *Seluar panjang polos yang tidak ketat dan menjolok mata
 *Skirt pendek hendaklah melebihi paras lutut
 *Berwarna gelap bersesuaian dengan imej korporat  
§Kasut bertutup.
§Mengenakan perhiasan atau aksesori yang ringkas dan bersesuaian sahaja.

§ Wajib memakai Baju Batik (Buatan Malaysia) setiap Khamis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan