LIONEL MESSI
Mana-mana kelab yang
berhasrat mendapatkan khidmat penyerang terbaik dunia, Lionel Messi kini perlu
memperuntukkan bajet minimum mencecah 312 juta pound (RM1.547 bilion).Ini
disebabkan nilai kontraknya selama enam tahun untuk kekal
bersama Barcelona dengan anggaran gaji tahunan sebanyak 17 juta pound (RM84.3
juta) sehingga 2018.Ini menjadikan jumlah keseluruhan gaji yang diperolehi dan dinikmati oleh bintang Argentina itu mulai sekarang sehingga penghujung kontrak, berjumlah 102 juta
pound (RM505.8 juta). ditambah pula Barcelona mengenakan klausa pelepasan
bernilai 210 juta pound (RM1.041 bilion) dalam kandungan kontrak baru itu, maka
312 juta pound adalah pakej keseluruhannya jika kelab kaya-raya seperti
Manchester City atau Chelsea bercita-cita memiliki khidmat Messi
Namun angka
tidak masuk perkara perkara lain sebab itu hanyalah minima melainkan pemain yang dianggap sebagai
terbaik sepanjang zaman itu bersetuju berhijrah tanpa kenaikan gaji pada masa
depan. Secara realistiknya, peluang Messi, 25, untuk berhijrah ke destinasi lain
termasuk Liga Perdana Inggeris boleh dikatakan mustahil buat masa ini. Dalam kontrak terdahulu,
Messi meraih hanya 10 juta pound setahun, tidak termasuk tambahan 30 peratus
yang datangnya daripada bonus berkaitan prestasi.Alangkah bertuahnya beliau dengan bakat semula jadi beliau menjadi billioniar tanpa disedari, doakan Malaysia ada menpunyai pemain bintang dan berkaliber seperti beliau...bermimpikah saya..he he
Tiada ulasan:
Catat Ulasan