23 Februari 2015

MAKANAN DAN KUIH MUIH TRADISI KELANTAN

Pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai kuih tradisi Kelantan,(di Kelantan kuih disebut "tepung").Apabila sebut kuih Kelantan akan terbayang yang manis-manis, lazat dan sedap dan nama pelik pelik..berikut nama nama kuih tradisi kelantan...

Kategori Manis Dan Ringan Bermusim
Tahi Itik, Jala Emas, Kuih Kartun, Badak Berendam, Kuih Che Abang Balik , Kuih Che Abang
Guling Lidah Buaya, Lompat Tikam, Ondeh Ondeh, Puteri Mandi, Nekbat, Pohon Tanjung, Butir Nangka, Berolok, Cek Mek Molek, Bekka, Akok kedut

Kategori Biasa Tengahan (Lauk) Dan Ringan Tidak Bermusim
Ketupat Sotong, Laksa, Laksam, Solok Lada, Ayam percik, Gulai Ayam Kampung, Gulai Serati


Kategori Berat Dan Kenyang

Nasi Tumpang, Nasi Kerabu, Nasi Himpit, Nasi Dagang, Pulut Mangga, Pulut Berinti, Pulut Ikan Kering

Kuih diatas boleh dikatakan lazat dan sedap di makan, bagi saya amat berminat ondeh-ondeh dan tepung pelita, tetapi awas pengidap kencing manis elak makan kuih kuih tersebut.Bagi yang baru berkunjung kelantan bolehlah cuba kuih kuih diatas, Lokasi mudah hendak diperolehi ialah Pasar Besar Siti Khadijah, disitu terdapat banyak kuih tetapi tidak sehebat bulan puasa yang disemua tempat atau pasar ramadhan terbaik kuih kuih tersebut dengan harga yang berpatutan, yang paling penting tengok gerai yang bersih dan bebas dari lalat...selamat mencuba...

SENARAI PEMENANG ANUGERAH PEMAIN TERBAIK DUNIA DAN BALLON D'OR 1980 HINGGA 2014

Cristiano Ronaldo

SENARAI PERMAIN TERBAIK DUNIA TAHUN 1980 HINGGA 2009

 Pemain Terbaik Dunia 1980 
1st Karl-Heinz Rummenigge (West German, Bayern Munich)
2nd Bernd Schuster (West German, Real Madrid)
3rd Michel Platini (French, Saint-Etienne)

Pemain Terbaik Dunia 1981
1st Karl-Heinz Rummenigge (West German, Bayern Munich)
2nd Paul Breitner (West German, Bayern Munich)
3rd Bernd Schuster (West German, Barcelona)

Pemain Terbaik Dunia 1982
1st Paolo Rossi (Italia, Juventus)
2nd Alain Giresse (French, Bordeaux)
3rd Zbigniew Boniek (Polish, Juventus)

Pemain Terbaik Dunia 1983
1st Michel Platini (French, Juventus)
2nd Kenny Dalglish (Scottish, Liverpool)
3rd Allan Simonsen (Danish, Vejle)

Pemain Terbaik Dunia 1984
1st Michel Platini (French, Juventus)
2nd Jean Tigana (French, Bordeaux)
3rd Preben Elkjær (Danish, Verona)

Pemain Terbaik Dunia 1985
1st Michel Platini (French, Juventus)
2nd Preben Elkjær (Danish, Verona)
3rd Bernd Schuster (West German, Barcelona)

Pemain Terbaik Dunia 1986
1st Igor Belanov (Soviet Union, Dynamo Kyiv)
2nd Gary Lineker (English, Barcelona)
3rd Emilio Butragueño (Spanish, Real Madrid)

Pemain Terbaik Dunia 1987
1st Ruud Gullit (Dutch, AC Milan)
2nd Paulo Futre (Portugal, Atletico Madrid)
3rd Emilio Butragueño (Spanish, Real Madrid)

Pemain Terbaik Dunia 1988
1st Marco van Basten (Dutch, AC Milan)
2nd Ruud Gullit (Dutch, AC Milan)
3rd Frank Rijkaard (Dutch, AC Milan)

Pemain Terbaik Dunia 1989
1st Marco van Basten (Dutch, AC Milan)
2nd Franco Baresi (Italia, Milan)
3rd Frank Rijkaard (Dutch, Milan)

Pemain Terbaik Dunia 1990
1st Lothar Matthaus (German, Inter Milan)
2nd Salvatore Schillaci (Itali, Juventus)
3rd Andreas Brehme (German, Inter Milan)

Pemain Terbaik Dunia 1991
1st Jean-Pierre Papin (French, Marseille)
2nd Dejan Savicevic (Yugoslavia, Red Star Belgrade)
2nd Darko Pancev (Yugoslavia, Red Star Belgrade)
2nd  Lothar Matthaus (German, Bayern Munich)

1992
Pemain Terbaik Dunia 1st Marco van Basten (Dutch, AC Milan)
2nd Hristo Stoichkov (Bulgaria, Barcelona)
3rd Dennis Bergkamp (Dutch, Ajax)

Pemain Terbaik Dunia 1993
1st Roberto Baggio (Itali, Juventus)
2nd Dennis Bergkamp (Dutch, Inter Milan)
3rd Eric Cantona (French, Manchester United)

Pemain Terbaik Dunia 1994
1st Hristo Stoichkov (Bulgarian, Barcelona)
2nd Roberto Baggio (Itali, Juventus)
3rd Paolo Maldini (Itali, AC Milan)

Pemain Terbaik Dunia 1995
1st George Weah (Liberian, AC Milan)
2nd Jurgen Klinsmann (German, Bayern Munich)
3rd Jari Litmanen (Finnish, Ajax)

Pemain Terbaik Dunia 1996
1st Matthias Sammer (German, Borussia Dortmund)
2nd Ronaldo (Brazilian, Barcelona)
3rd Alan Shearer (English, Newcastle United)

Pemain Terbaik Dunia 1997
1st Ronaldo (Brazilian, Inter Milan)
2nd Predrag Mijatović (Yugoslavia, Real Madrid)
3rd Zinedine Zidane (French, Juventus)
Pemain Terbaik Dunia 1998
1st Zinedine Zidane (French, Juventus)
2nd Davor Suker (Croatia, Real Madrid)
3rd Ronaldo (Brazil, Inter Milan)

Pemain Terbaik Dunia 1999
1st Rivaldo (Brazil, Barcelona)
2nd David Beckham (English, Manchester United)
3rd Andriy Shevchenko (Ukrain, AC Milan)

Pemain Terbaik Dunia 2000
1st Luis Figo (Portugal, Real Madrid)
2nd Zinedine Zidane (French, Real Madrid)
3rd Andriy Shevchenko (Ukrain, AC Milan)

Pemain Terbaik Dunia 2001
1st Michael Owen (English,Liverpool)
2nd Raul (Spanish, Real Madrid)
3rd Oliver Kahn (German, Bayern Munich)

Pemain Terbaik Dunia 2002
1st Ronaldo (Brazil, Real Madrid)
2nd Roberto Carlos (Brazil, Real Madrid)
3rd Oliver Kahn (German, Bayern Munich)

Pemain Terbaik Dunia 2003
1st Pavel Nedved (Czech, Juventus)
2nd Thierry Henry (French, Arsenal )
3rd Paolo Maldini (Italian, AC Milan)

Pemain Terbaik Dunia 2004
1st Andriy Shevchenko (Ukrain, AC Milan)
2nd Deco (Portugal, Barcelona)
3rd Ronaldinho (Brazil, Barcelona)

Pemain Terbaik Dunia 2005
1st Ronaldinho (Brazil, Barcelona)
2nd Frank Lampard (English, chelsea)
3rd Steven Gerrard (English, Liverpool)

Pemain Terbaik Dunia 2006
1st Fabio Cannavaro (Itali, Real Madrid)
2nd Gianluigi Buffon (Itali, Juventus)
3rd Thierry Henry (French, Arsenal)

Lionel Messi
Pemain Terbaik Dunia 2007
1st Kaka (Brazil, AC Milan)
2nd Cristiano Ronaldo (Portugal, Manchester United)
3rd Lionel Messi (Argentina, Barcelona)

Pemain Terbaik Dunia 2008
1st Cristiano Ronaldo (Portugal, Manchester United)
2nd Lionel Messi (Argentina, Barcelona)
3rd Fernando Torres (Spanish, Liverpool)

Pemain Terbaik Dunia 2009
1st Lionel Messi (Argentina, Barcelona)
2nd Cristiano Ronaldo (Portugal, Real Madrid)
3rd Xavi Hernandez (Spanish, Barcelona)

SENARAI PEMENANG FIFA BALLON D'OR DAN PERMAIN TERBAIK DUNIA 2010 HINGGA TAHUN 2014

Ballon d'Or 2010
1st Lionel Messi (Argentina, Barcelona)
2nd Andres Iniesta (Spanish, Barcelona)
3rd Xavi Hernandez (Spanish, Barcelona)

Ballon d'Or 2011
1st Lionel Messi (Argentina, Barcelona)
2nd Cristiano Ronaldo (Portugal, Real Madrid)
3rd Xavi Hernandez (Spanish, Barcelona)

Ballon d'Or 2012

1st Lionel Messi (Argentina, Barcelona)
2nd Cristiano Ronaldo (Portugal, Real Madrid)
3rd  Andres Iniesta (Spanish, Barcelona)

Ballon d'Or 2013

1st Cristiano Ronaldo (Portugal, Real Madrid)
2nd Lionel Messi (Argentina, Barcelona)
3rd  Franc Ribery (Bayern Munich, Jerman)

Ballon d'Or 2014


1st Cristiano Ronaldo (Portugal, Real Madrid)
2nd Lionel Messi (Argentina, Barcelona)
3rd  Manuel Neuer (Bayern Munich, Jerman)


Manuel Neuer

SENARAI 10 PEMAIN BOLA SEPAK NILAIAN SEMASA PALING TINGGI TAHUN 2015

LIONEL MESSI
CRISTIANO RONALDO
Salam Semua..kali ini kita bincang mengenai nilai semasa 10 permain bola sepak terhebat dan paling tinggi pasaran..kelab kelab mahal dan ternama perlu sedia jumlah wang sebanyak ini..tidak termasuk gaji dan bonus lain...Kelab kelab Malaysia tunggu mereka bersara dulu...
SERGIO AGUERO

BIL
PEMAIN
KELAB
HARGA (RM)
1
Lionel Messi
Barcelona
968.82 Juta
2
Cristiano Ronaldo
Real Madrid
585.67 Juta
3
Eden Hazad
Chelsea
435.88  Juta
4
Diego Costa
Chelsea
369.69 Juta
5
Paul Pogba
Juventus
316.96 Juta
6
Sergio Aguero
Manchester City
286.10 Juta
7
Raheem Sterling
Liverpool
277.69 Juta
8
Cesc Fabregas
Chelsea
273.70 Juta
9
Alexis Sanchez
Arsenal
268.71 Juta
10
Gareth Bale
Real Madrid
264.22 Juta

ANGGARAN NILAI SEMASA LIONEL MESSI PADA TAHUN 2015

LIONEL MESSI
Mana-mana kelab yang berhasrat mendapatkan khidmat penyerang terbaik dunia, Lionel Messi kini perlu memperuntukkan bajet minimum mencecah 312 juta pound (RM1.547 bilion).Ini disebabkan nilai kontraknya selama enam tahun untuk kekal bersama Barcelona dengan anggaran gaji tahunan sebanyak 17 juta pound (RM84.3 juta) sehingga 2018.Ini menjadikan jumlah keseluruhan gaji yang diperolehi dan dinikmati oleh bintang Argentina itu mulai sekarang sehingga penghujung kontrak, berjumlah 102 juta pound (RM505.8 juta). ditambah pula Barcelona mengenakan klausa pelepasan bernilai 210 juta pound (RM1.041 bilion) dalam kandungan kontrak baru itu, maka 312 juta pound adalah pakej keseluruhannya jika kelab kaya-raya seperti Manchester City atau Chelsea bercita-cita memiliki khidmat Messi

Namun angka tidak masuk perkara perkara lain sebab itu hanyalah minima melainkan pemain yang dianggap sebagai terbaik sepanjang zaman itu bersetuju berhijrah tanpa kenaikan gaji pada masa depan. Secara realistiknya, peluang Messi, 25, untuk berhijrah ke destinasi lain termasuk Liga Perdana Inggeris boleh dikatakan mustahil buat masa ini. Dalam kontrak terdahulu, Messi meraih hanya 10 juta pound setahun, tidak termasuk tambahan 30 peratus yang datangnya daripada bonus berkaitan prestasi.Alangkah bertuahnya beliau dengan bakat semula jadi beliau menjadi billioniar tanpa disedari, doakan Malaysia ada menpunyai pemain bintang dan berkaliber seperti beliau...bermimpikah saya..he he

STATISTIK TERPERINCI GAJI CRISTIANO RONALDO DALAM RINGGIT MALAYSIA (RM)


Cristiano Ronaldo

Apabila sebut Cristiano Ronaldo (CR7) pasti semua tahu, seorang pemain bola sepak terhebat masa ini, skill hebat, kepakaran sepakan percuma, kepantasan dan kemewahan dalam kehidupan harian tapi ramai yang tidak tahu gaji beliau sebulan, di bawah disertakan statistik gaji pemain tersebut (tidak termasuk bonus kemengan dan lain lain sumber pendapatan..mewah sungguh...Bilalah anak Malaysia hendak jadi macam top star ini...


GAJI TERBARU CRISTIANO RONALDO DI REAL MADRID
Tahunan : £17,000,000 = RM95,367,038.68
Bulanan : £1,450,000    = RM8,134,247.41
Mingguan : £325,000    = RM1,823,193.39
Harian : £47,000           = RM263,661.81
Jam : £2,500                 = RM14,024.56
Minit :£40                      = RM224.39
Saat : 0.66 Cent            = RM3.70

*Gaji sebulan Cristiano Ronaldo Dalam Ringgit Malaysia = RM8,134,247.41


17 Februari 2015

BRAZIL DENGAN SEJARAH BOLA SEPAK DUNIA

TEAM BRAZIL 2015
TARIAN SAMBA

BRAZILApabila sebut bola sepak maka terpikir dan tidak dapat lari dengan pasukan ini..Sejarah membuktikan Brazil pasukan hebat berkurun lamanya menguasai bola dunia, Pasukan Brazil ialah pasukan bola sepak yang paling berjaya di dunia, dengan lima (5) kemenangan Piala Dunia FIFA, termasuk kejuaraan terakhir pada tahun 2002. Pada masa itu Brazil setiap tahun memduduki ranking no 1 dalam dalam senarai FIFA   Satu jenaka yang biasa didengar dari peminat bola sepak adalah: “Orang Inggeris mencipta bola sepak tetapi orang Brazil yang menyempurna menjadi rajanya." Orang Brazil menyebut pasukan bola sepak negaranya "Seleção". Maksud ialah "pilihan", dan boleh diterjemahkan sebagai "yang terpilih". Nama samaran yang popular ialah "Canarinho" (anak burung kenari) yang merujuk kepada baju yang berwarna kuning (Jersi utama pasukan Brazil).

Brazil amat popular dengan gaya pemainan rentak samba yang memperlihatkan permainan yang cantik dan skill individu menarik, antara bintang ternama yang pernah menjadi kebanggaan Brazil seperti Pele, Romario, Scarotes, Ronaldo, Ronaldinho, Kaka  dan Neymar, Brazil memenangi Piala Dunia sebanyak 5 kali (1958,1962,1970,1994,2002) selepas itu prestasi pasukan ini semakin menurun, rentak samba yang menjadi kebanggaan sebelum ini telah hilang dengan sendiri, Senarai pemain bintang ramai tetapi prestasi pasukan semakin menurun bukti pada Piala Dunia tahun 2014 yang lepas  pasukan ini telah dimalukan di tempat sendiri oleh pasukan Jerman dengan kekalahan paling teruk 1-7 yang menyebabkan seluruh negara menderita termasuk pemimpim negaranya, termasuk juga peminat Brazil seluruh dunia merasa dukacita dengan kekalahan terbesar dan mengejutkan itu..

Pada masa sekarang banyak pasukan yang telah berjaya mengatasi pasukan ini, seperti Jerman, Sepanyol, Argentina, Belanda tetapi disegi sokongan peminat terhadap pasukan tradisi ini tetap kukuh dan teguh bersamamu BRAZIL!!!



MAKANAN TRADISI ULAM ULAMAN YANG MENYELERAKAN ANDA

ULAMAN

Apabila sebut ulam pasti akan menambah selera makan. Ulam boleh ditakrifkan sebagai bahagian tumbuh tumbuhan yang terdiri dari pucuk, daun, batang, Umbut ,biji, buah dan bunga yang dimakan mentah, dicelur atau direbus sebelum makan.contoh petai, pegaga, jering dan lain lain yang sewaktunya. Selalunya bagi menambah rasa kepada ulaman yang dimakan, ia dicecah dengan sambal belacan, budu, cencaluk. Biasanya disertakan sekali dengan nasi dan lauk pauk yang lain seperti Ikan Tawar Bakar.

Ulam terkenal sebagai hidangan harian utama di kalangan masyarakat melayu di kampung-kampung dan kini mulai terdapat di kawasan bandar-bandar besar dan di Restoran tersohor. Disebabkan banyaknya khasiat ulam ini ia menjadi pilihan pelbagai golongan di negara ini..


MAKANAN TRADISI KELANTAN SAMBAL BELACAN

SAMBAL BELACAN

Apabila sebut sambal belacan pasti kecur air liur membuat perut menjadi lapar serta merta. Sambal Belacan merupakan satu hidangan sampingan yang biasanya dimakan bersama ikan ataupun ulam. Orang Melayu dan sambal belacan memang tidak boleh dipisahkan malah ada yang tidak berselera makan jika tidak ada sambal belacan.Ia merupakan penambah selera turun-temurun ini yang mudah dibuat dan murah belanjanya sememangnya membuka selera apabila dicecah dengan ikan goreng, ikan bakar, ulam-ulaman seperti jering, petai, pucuk ubi rebus, bendi rebus dan sebagainya asal usul tidak dipastikan dan tiada kajian..mungkin dari zaman kerajaan melaka dahulu!!!

SAMBAL BELACAN

Sambal belacan pada amnya merupakan cili yang ditumbuk bersama belacan, garam dan sedikit gula.sambal belacan juga boleh dicampurkan dengan tempoyak bagi menyedapkannya. bagi mereka yang meminati sambal belacan pedas, cili padi atau juga dikenali sebagai cili api, akan digunakan bagi menggantikan lada besar. juga boleh ditambah dengan limau kasturi sebagai penyedap rasa. Bahan bahan untuk membuat sambal belacan ialah cili besar,cili padi,buah tomato,belacan,asam jawa,garam,gula,limau nipis manakala cara membuatnya ialah tumbuk cili padi dan belacan.lepas tu masukan cili besar tumbuk sederhana atau 3/4 pecah.masukkan buah tomato dan lenyekkan sahaja. air perahan asam jawa campurkan dengan sambal itu tadi. campurkan garam dan gula secukup rasa. kurangkan gula dan elakkan penyakit kencing manis.Cadangan hidangan ia sesuai dan sedap di makan bersama nasi putih, lauk pauk dan ulam timun, Ikan Bakar Tawar .tidak sesuai dimakan bersama nasi beryani atau nasi minyak, namun ianya sebagai penambah selera makan(kecur air liur dah) ha ha ha

IKAN BAKAR

SEJARAH ASAL USUL BOLA SEPAK DI DUNIA DAN MALAYSIA


Sukan Bola Sepak merupakan sukan no 1 di dunia yang peminat nya berjuta juta, ia kadagkala menjadi sumber pendapatan sesebuah negara dan mata pencarian utama contoh di Brazil dan Argentina. Bola Sepak juga menjadi Bisnes utama di negara Barat seperti England, Italy , Sepanyol yang nilaiannya bebillion dollar setahun. Sejarah atau asal usul sukan ini tidak dipastikan berasal dari mana. Terdapat pelbagai versi yang kita pernah dengar seperti dari negara China, berdasarkan lukisan yang dijumpai di Tiongkok. Ada pula yang menyatakan ia berasal dari Amerika Selatan iaitu oleh tamadun Maya berdasarkan rekod dan ukiran di piramid mereka (sebab itu pasukan Brazil menjadi raja bola sepak dan pemegang rekod kejuaraan Piala Dunia) . Ada pula menyatakan berasal dari Tanah Arab..


Bola sepak ini pada asalnya untuk menyihat badan selepas naik keperingat tinggi sebagai penyatuan sesama sendiri , akhir sekali sebagai sumber pendapatan seseorang dan menjadi bisnes global yang berkembang pesat..maka tercipta lah negara negara kuasa bola sepak ,Brazil, Argentina, Jerman, Sepanyol Dan Italy , sukan ini telah berkembang seluruh dunia seperti di Asia, USA, Africa.. ramai bintang bintang popular didunia yang muncul seperti Pele, Maradona dan yang latest Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo yang menpunyai nilaian semasa berbillion dollar dan gaji mereka yang mencecah berjuta dollar sebulan..

Mereka menjadi pujaan peminat seluruh dunia dan menjadi ayam tambatan dan kesayangan kelab yang diwakili dan pasukan kebangsaan, ia juga menjadi rebutan kelab kelab besar seperti Chelsea, Bayern Munich dan lain lain. Di malaysia boleh sepak dimasuk oleh penjajah Inggeris sekitar tahun 1920 sekarang ini sukan bola sepak kita semakin meningkat dengan pengurusan yang profesional dan liga tempatan yang teratur dan berdaya saing bagi mengeluarkan pemain pemain hebat seperti Messi atau Ronaldo..wassllam

MAKANAN TRADISI KELANTAN BUDU

Budu atau Sos Ikan Bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Kelantan .Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis dan disertkan ulam ulaman seperti petai, jering.Best lagi taruh tempoyak ( lecur air liur dah) Jenama tersohor budu ialah cap ayam, cap ketereh dan lain lain

Budu menjadi makanan wajib bagi rakyat kelantan dan sudah tersebar keseluruh malaysia dan baru baru ini menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif sepertiaterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitamin ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun selamat mencuba budu dan saya peminat no satu budu..ha ha