Apabila kita bercakap
tentang Penjawat Awam sudah tentu kita akan terbayang kerja yang senang, mudah
dan berhawa dingin serta gaji yang mahal...salah tu..sebenarnya bagi Penjawat
Awam kepelbagaian jenis tugas yang tentunya berbeza di antara satu jawatan
dengan jawatan yang lain. Tinggi taraf jawatan yang disandang maka tinggi pula
imbuhan atau gaji yang bakal diperolehi, sesuai dengan beban tugas serta
beratnya amanah yang dipikul. Buruh yang kita lihat begitu perit dan
sengsara dalam mencari sesuap nasi hanya mendapat gaji yang kecil berbanding
seorang Pengarah Urusan atau Pegawai Tinggi (PTD) yang kelihatan senang lenang
duduk di atas sebuah kerusi empuk yang boleh berpusing serta dinyamani oleh
penghawa dingin, adalah antara contoh terbaik untuk kita ukur berat beban
amanah yang mereka masing-masing tanggung. Apabila diukur dengan beban tugas
dan amanah serta tanggung jawab seseorang penjawat awam maka barulah kita
merasa bahawa gaji yang kecil untuk tenaga buruh adalah adil, manakala gaji
yang besar dengan segala keselesaan yang dinikmati oleh Ketua Majikan dan
Pegawai Tinggi adalah lambang bahawa keadilan itu ditegakkan.
Pertama: Senarai
Tugas(sasaran)
Setiap Penjawat Awam ada
mempunyai senarai tugas yang diamanahkan kepadanya untuk ditunaikan,
dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Dalam menjaga amanah yang dipertanggung
jawabkan, Penjawat Awam mestilah mengutamakan tugas yang disenaraikan melebihi
kepentingan peribadi.
Kedua: Menepati
(Menghargai) Masa
Tidak kira apapun jawatan
sudah tentu terikat dengan masa yang telah ditentukan. Ditentukan masa mula
bekerja, masa rehat, masa balik/pulang kerja dan masa cuti.
Ketiga: Sifat Kepimpinan
Dengan keadilan Allah SWT
setiap insan dikurniakan dengan kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri,
disamping kehebatan yang diperolehi melalui pengalaman serta kemuliaan yang
dimiliki dengan ketinggian ilmu. Ini jelas apabila setiap individu mampu
memimpin sekurang-kurangnya untuk dirinya sendiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan