UKURAN KEJAYAAN
Pada usia 4 tahun kejayaan anda ialah anda tak kencing dlm seluar
Pada usia 8 tahun kejayaan anda ialah anda mengenali jalan pulang ke rumah
Pada usia 12 tahun kejayaan anda ialah memiliki kawan2
Pada usia 18 tahun kejayaan anda ialah anda berjaya memiliki lesen memandu
Pada usia 23 tahun kejayaan anda ialah keluar dsri universiti (sebagai graduan)
Pada usia 25 tahun kejayaan anda ialah mendapat pekerjaan
Pada usia 28 tahun kejayaan anda ialah memiliki isteri /suami
Pada usia 30 tahun kejayaan anda ialah mendapat anak
Pada usia 35 tahun kejayaan anda ialah memiliki harta (spt rumah sendiri)
Pada usia 45 tahun kejayaan anda ialah anda masih kelihatan muda dan bertenaga
Pada usia 50 tahun kejayaan anda ialah anak2 anda telah berjaya
Pada usia 55 tahun kejayaan anda ialah anda masih mampu memenuhi tanggungjawab suami isteri
Pada usia 60 tahun kejayaan anda ialah anda masih mampu memandu sendiri kereta
Pada usia 65 tahun kejayaan anda ialah hidup tanpa penyakit
Pada usia 70 tahun kejayaan anda ialah anda tidak merasa diri anda beban atas orang lain
Pada usia 75 tahun kejayaan anda ialah anda masih mempunyai kawan sebaya
Pada usia 80 tahun kejayaan anda ialah anda masih ingat jalan pulang ke rumah (tak pelupa)
Pada usia 85 tahun kejayaan anda ialah anda masih tidak kencing dlm seluar...
Begitulah dunia (pusingan yg dialami semua hamba). Kata imam Ghazali...yang paling dekat dgn kita ialah MATI ..Kejayaan sebenarnya pada bila bila masa ialah apabila kita taat perintah Allah mengikut cara Nabi SAW.